Selamat datang Tahun 2013,syukur kita dapat menghirup udara pagi ini,kita ada 364 hari lagi untuk mencorak situasi diri kita,kewangan,hutang dan keluarga,semua kita selidiki dan berharap akan berlaku peningkatan dari tahun sebelumnya,seperti biasa dalam bab pelaburan saham,kita semak porfolio kita dari 3 bulan ke 3 bulan berikutnya,benar masa adalah ciptaan Allah SWT yang tidak akan diberi lagi selepas ini,maka pandang ke depan dan sentiasa positif atas apa yang kita ada.
Baik untuk tahun 2013,mari pelabur sekalian persiapkan diri dengan ilmu dan modal yang kita ada,ilmu yang paling baik untuk kita miliki dan kuasai didalam stock market ialah
1.Bagaimana mengekalkan pelaburan saham dan menambah pelaburan dari masa ke semasa.
2.sentiasa belajar tentang bagaimana mencari peluang keuntungan dan meminimum kan kesilapan pelaburan.Untuk itu bebaskan minda tuan dari unsur politik dan ‘over emosi’.
3.belajar mengaplikasi nilai islam,halal dan haram dan terapkan di dalam pelaburan saham.Ingat segala yang halal Allah SWT akan tambah lagi nikmatnya.
Baca seterusnya: Apabila melabur saham ”Never forget Allah”
4.Mengekalkan kondisi kecekapan pelaburan saham.Ada 6 kecekapan yang penting di sini
a.Kecekapan membaca dan memahami indikator pelaburan
b.Kecekapan mengesan susana pasaran secara global dan lokal.
c.kecekapan membaca maklumat saham dan menaksir di dalam bentuk keputusan,silap dan salah tafsir akan membawa padah.
d.Pandai mengesan dan meramal pasaran,ianya ke arah mana dan sentiasa peka.
e.Peka samada harga yang saham yang kita pegang ini berkadaran dengan nilai yang kita faham,ingat pesan Warren Buffet,Harga adalah apa yang kita bayar,Nilai adalah apa yang kita dapat.
f.Kecekapan memahami kata-kata pengurus dana pelaburan yang terkenal dan peka dengan ucapan-ucapannya,seperti Jim Rogers,Warren Buffet,Mohamad El Erian,Jim Cramer dan peka dengan saranan analisis saham tenpatam seperti Dr Nazri Khan dan lain-lain lagi.
Kata-kata mereka ini amat berniai untuk kita dalam membentuk arah pelaburan.
Jesteru,skill utama di dalam pelaburan saham hendak kita jaga dan tambah dari masa kesemasa,sentiasa dahaga ilmu dan pembaharuan kemahiran pelaburan,ilmu dan kemahiran pelaburan saham kita adalah paling mahal.Maka hendaklah bersungguh-sungguh memantapkannya.