Home Nota Pelaburan untuk 'Beginner' saham Sikap Bijak Yang Perlu Ada Ketika Merancang Pelaburan Saham Anda

Sikap Bijak Yang Perlu Ada Ketika Merancang Pelaburan Saham Anda

by Mohd Al Adzha

Dalam kehidupan seharian kita akan sentiasa membuat keputusan dalam apa jua hal termasuk ketika hendak membeli barang keperluan rumah dan seumpamnya,dan keputusan yang kita  buat sebenarnya mancerminkan tahap ilmu pengatahuan kita dalam sesuatu perkara dan ini termasuk ketika kita sedang merancang pelaburan

Sebenarnya dalam hal kita perlu ada sikap yang bijak bagi mengelakkan kesilapan dan seterusnya mendapatkan pulangan yang kita inginkan,Baiklah dalam merancang pelaburan anda didalam pasaran saham ada beberapa tips yang boleh kita kongsi bersama dan antara sikap tersebut ialah

Berhati-hati

Dalam menganalisis pelaburan anda,anda akan melabur berdasarkan apa yang anda faham dan risiko pelaburan yang anda boleh kuasai,perkara yang paling penting ketika anda hendak melabur ialah ketika anda membuat keputusan pelaburan.Emosi  anda hendaklah rasional dan stabil,anda hendaklah bersabar dan sebaiknya ketika hendak membuat keputusan biarlah bersikap  seolah-olah ‘Bagaikan hakim bertenang ketika hendak menjatuhkan hukuman’,jangan membuat keputusan ketika anda marah,lapar dan terasa hendak membuang air,serta jangan ikut-ikutan,pastikan anda memahami konsep perniagaan di dalam syarikat saham tersebut serta  perlu di ingat pelaburan saham  ketika anda tidak tahu apa yang anda lakukan adalah suatu kecelakan yang besar yang anda bina sendiri,seperti yang diungkapkan oleh mendiang Tan Sri  Lim Goh Tong  di dalam bukunya bertajuk Cerita Saya iaitu ‘Biarlah berani tapi berhati-hati’.

Maklumat yang jelas dan terperinci

Jelas di sini ialah kita memahami selok belok perniagaan saham itu dengan sumber maklumat yang sahih dan tanpa rasa syak lagi,sebaiknya jika kita tekad dan komitmen untuk membeli saham,maka lakukan soal selidik dan kuasai bahasa utama pelaburan iaitu bahasa perakaunan.

Baca seterusnyaBagaimana Membuat Keputusan Pelaburan Saham Dengan Isu Semasa Yang Kita Ketahui?

Ada sesetengah pelabur mengeluh kerana beranggapan bahawa bahasa perakuanan amat susah dan sukar di kuasai,pada pandangan saya anda perlu memahami bahasa tersebut untuk menilai prestasi syarikat yang anda labur dan yang penting lagi banyak anda tahu maklumat saham syarikat yang anda laburkan maka lagi  nampak kedudukan kewangan syarikat tersebut samaada sihat,teruk atau benilai tinggi.

Jangan putus asa membaca dan memahami

Azizi Ali pernah berkata ‘laburkan diri anda dahulu sebelum anda melabur apa-apa pelaburan’ maksud di sini ialah anda  membeli buku-buku berkaitan untuk dibaca,menghadiri seminar serta juga melakukan kajian untuk menjadi lebih faham akan pelaburan anda.Membaca sebenarnya membentuk pola pemikiran anda sendiri dan ini menyebabkan ramai pelabur yang berjaya merupakan pembaca yang ulung yang melahirkan idea pelaburan yang unggul seperti Soros,Buffet,Berkowitz dan seumpamanya.

Laburkan atau belanjakan sebanyak 10% dari gaji atau pendapatan anda dan seeloknya sebelum anda membeli buku anda  berniat didalam hati dengan niat berikut “Sahaja aku membeli buku ini demi memperbaiki proses pelaburan aku kerana Allah Ta’ala” maka niat sedemikian akan memberi keberkatan  dan motivasi kepada anda untuk  terus membaca dan membaca serta  jangan rasa kedekut untuk menambah ilmu pelaburan lagi.

Jauhkan dari golongan yang berfikiran negatif dan sikap yang jumud.

Saya mohon kepada anda agar menjauhkan golongan ini sejauh-jauh yang mungkin kerana golongan ini akan manghancurkan harapan matlamat pelaburan saham anda dan menyebabkan anda berasa lemah dan berputus asa.

Sebagai contoh apabila saham anda mengalami kerugian dan harga semasa saham anda lagi rendah dari harga yang anda beli,anda pasti mengalami emosi kemurungan dan emosi ini jikalau tidak dapat di rawat anda pasti akan menjualnya dalam keadaan anda rugi,kawan atau suasana sekelilng pasti akan bertanyakan tentang hal anda dan anda tanpa memikirkan kesannya terus menjual saham anda dan terus mangalami kerugian.

Gambar:Warren E Buffet.

Dalam hal ini sepatutnya anda berbincang semula dengan orang berkelayakan dan ingat pesan Warren Buffet bahawa ‘anda tidak akan mendapat tawaran yang menarik dari orang yang tidak baik’.

Related Articles

Leave a Comment