Salam semua,saya mendapat panggilan dan wassup tentang bagaimana menjadi dealer Remisier…..baik,sebaiknya saya ringkaskan.
Apa kelayakan dan kelulusan menjadi Dealer/Remisier
1. Berijazah sarjana muda (degree) dari apa jua bidang yang di sahkan oleh MQA.
2. Diploma dalam apa jua bidang dengan pengalaman kerja minimum 2
tahun.
3. SPM dengan pengalaman kerja minimum 4 tahun di bank atau institusi kewangan.
jika tuan puan dari salah satu 3 cara di atas maka tuan puan boleh mengambil exam module 6 dan 7 di Suruhanjaya Sekuriti.
kemudian hantar resume beserta sijil lulus M6 dan m7 kepada bank pelaburan atau firma sekuriti saham berkaitan.
Soalan Jawab.
1.Saya seorang despatch tapi bekerja di bank atau bank pelaburan selama 5 tahun,tapi saya ada SPM ja,boleh ke bang saya nak menjadi Remisier?
Boleh.
2.Saya ada ijazah kejuruteraan,tapi saya berminat nak menjadi Dealer Remisier?
Boleh.
3.Saya ada diploma syariah dari Syria,tapi berminat menjadi dealer .Bagaimana tuan?
sila rujuk di MQA samaada diploma anda layak di jadikan sandaran di Malaysia.
ingin maklumat lanjut dan bagaimana menjadi Remisier 5 angka?
hubungi
En Adzha
www.belajarstockmarket.com
trainer dealer Remisier semenjak 2007.
2 comments
Saya hanya ada SPM, dan bekerja di syarikat swasta, bukan syarikat kewangan. Adakah saya layak memohon sebagai Dealer/Remaiser?.
Salam Cik Puan Rose,
setakat ini dalam parkatis yang diamal oleh bank pelaburan,
calon yang ingin menjadi Remisier mesti memiliki minimum ijazah sarjana Muda,
ikhlas
Mohd Al Adzha Bin Johar