Home Nota Pelaburan untuk 'Beginner' saham Tamak? Takut? Panik? Rasional?

Tamak? Takut? Panik? Rasional?

by Mohd Al Adzha

Dalam bidang pasaran saham, emosi adalah kayu penanda aras apabila dijadikan ukuran pencapaian kepada harga saham yang didagangakan. Apabila berita yang berkaitan dengan perniagaan atau pengurusan syarikat itu keluar, ramai pelabur akan memberikan reaksi kepada maklumat tersebut samaada positif atau negatif ianya memberikan impak yang cukup besar kepada harga saham syarikat tersebut.

Baiklah apa kaitan tamak, takut, panik dan rasional pada sesebuah pelaburan? Robert T Kiyosaki menyebut dalam bukunya “How to Increase your Financial Intelligent” bahawa kecerdikan kewangan ada berkaitan dengan emosi individu pada seseorang itu, bayangkan anda meletakkan RM 100,000 kepada saham yang berisiko tinggi yang bersifat spekulasi dan apabila portfolio anda menjunam kepada RM1000 anda bagaikan separuh mati mendengarnya.

Watak Gordon Gekko yang di bintangi pelakon Michael Douglas di dalam cerita Wall Street(1984)

Pada masa kejatuhan besar pasaran saham Wall Street pada 1929, dikatakan 100,000 orang mati membunuh diri akibat tidak dapat menahan tekanan perasan. Tempat yang paling mudah untuk membunuh diri ialah di bangunan tinggi, tepi jambatan dan di Jepun tebing jurang pantai adalah pilihan utama untuk membunuh diri dengan mencampak bunga-bungaan dahulu dan sekeping nota poket yang sudah di tandatangani dan dibacakan terlebih dahulu kemudian disisip kedalam poket kanan sebelum terjun ke dalam tebing pantai tersebut.

Baca seterusnyaSikap Bijak Yang Perlu Ada Ketika Merancang Pelaburan Saham Anda

Ini untuk memudahkan pihak berkuasa untuk mengecam serta membuat pengesahan rekod, malah ketika hendak membunuh diri pun mereka ini boleh beratur sambil berkata ’Errr, Encik cepat sikit nanti Polis nampak’ Sadis bukan?

Baiklah kita teruskan lebih lanjut topik perbincangan kita sebelum individu pelabur menjadi tamak, takut dan panik. Sebelum membeli mereka selalunya rasional dan ghairah dalam membeli saham-saham yang mereka lihat sudah naik, kaunter-kaunter seperti “IOICORP sudah naik 12 sen” “Axiata sudah naik 16 sen” akan menunjukkan keadaan situasi harga saham pada masa itu, jadi mari kita lihat proses ke arah Tamak, Takut dan Panik ini dan bagaimana untuk mengatasinya.

1) Rasional

Anda akan tertanya-tanya dalam diri anda ‘Eh macam ada kaitan jer berita ini, Syarikat X dapat kontrak minyak dan gas 3 Billion di Sabah’ minda anda akan kerap memikirkanya dan anda pun membuat andaian seperti ‘Ehm, minyak sekarang USD 51 per barrel, sekarang Global Market Recession dan aku rasa kalau market bukan recession minyak global akan harga USD 70 per barrel dan harga kaunter syarikat X pun murah dalam 52 sen seunit, ehm ok gak”

Lalu anda menelefon broker dan bertanya mengenai kaunter syarikat X

Broker         : harga kaunter itu tadi sudah naik 8 sen encik

Anda           : OK, 20,000 unit pada harga 60 sen beli pada harga penjual

Broker         : Baiklah encik, anda sudah berjaya beli Syarikat X pada harga 60 sen tapi cuma dapat 2,000 unit sahaja dia sudah naik 65 sen                              sekarang!

Anda           : OK apa-apa harga ambil SEKARANG ! (dalam keadaan yang cemas)

Broker         : OK

Situasi diatas biasa berlaku antara broker saham (Remiseir/dealer) dan pelabur. Mula-mula pelabur akan merasa teruja dan memikirkan secara logik akan situasi dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Pelabur yang rasional adalah pelabur yang berfikir dahulu apa kaunter yang hendak dibeli dan setiap situasi ketika memulakan pelaburan mereka membina kefahaman dan sebab yang kukuh. Portfolio saham mereka adalah dikalangan yang terbaik dari segi memiliki asas perniagaan yang kukuh dan ada jenama. Selalunya mereka membeli saham-saham bukan spekulatif.

2) Tamak

Tamak didalam konteks ini berlaku apabila pelabur tidak menentukan bilakah masanya saham mereka hendak dijual, disini Robert T. Kiyosaki menyatakan yang paling penting dalam pelaburan bukan masa kita beli tetapi bila masa kita hendak menjual. Beliau juga menambah “anda membeli apabila pada masa yang sama anda tahu bila anda hendak menjual’. Pelabur paling teruk disini dikatakan apabila mereka menjual pada masa orang lain menjual dan menbeli pada masa semua orang membeli, maka benar seorang ahli ilmu menyatakan bahawa ‘ikut-ikutan ketika melabur sebenarnya menuju ke arah kehancuran, tanpa objektif dan alasan yang kukuh anda membuang duit anda sebenarnya’. Tamak sebenarnya manifestasi emosi, lawan emosi ialah rasional, jadi mengapa ada orang menyebut ‘Beli berdasarkan Rumors dan jual berdasarkan Fakta’. Hmmm, renung-renungkan.

3) Takut

Takut? takut? takut? hehehehehehe. Ok ianya merupakan situasi dimana pelabur yang sebelum ini pernah melabur didalam saham pernah mengalami kerugian yang amat teruk atau kerugian yang menyebabkan mereka merasa ‘taubat nasuha’ untuk masuk kembali ke pasaran sehingga membina persepsi negatif dan pada masa yang sama mempengaruhi orang lain turut serta menjadi penakut. Kata-kata seperti ini pasti kedengaran

‘Argh,semua saham itu semuanya adalah PENIPU!’

’Usahlah cerita pasal saham itu semua mengarut’

Takut yang paling sadis dan teruk pada pendapat saya ialah kita tidak tahu dan jelas atas apa yang kita takutkan. Maka dalam hal ini sikap seperti sukakan kepastian dan jauhkan andaian adalah penawar menjawab persoalan takut. Takut sebenarnya menifestasi ketidakpastian, jadi lawannya ialah kepastian, apabila ini berlaku maka jadilah kelegaan, akan tetapi sikap takut yang melampau tidak akan membantu pelabur menjadi lebih berhemah.

4) Panik

Panik ini berlaku apabila berlakunya situasi dimana para pelabur mendengar berita yang dapat memberikan kesan kepada pasaran saham atau syarikat secara tiba-tiba, dan juga secara tiba-tiba para penjual menjual saham-saham mereka pada harga pembeli, disini perkara biasa yang akan kita dengar ‘JUAL,JUAL,JUAL cepat!’ ‘atas apa yang pembeli mintak jual semua’ kata pelabur kepada broker saham. Biasanya pelabur mengambil kerugian yang boleh mereka tanggung untuk sementara waktu. Pelabur tidak akan mengira berapa jumlah kerugian yang akan mereka tanggung serta berharap pada masa akan datang mereka akan melabur semula.

Justeru, setelah kita memahami penjelasan diatas, barulah semua bakal pelabur saham faham akan mereka sebenarnya berada di situasi yang mana. Benar kata Buffet ‘dalam pelaburan tidak ada darjah ketepatan pulangan, akan tetapi sikap yang betul membezakan antara pelabur yang berjaya dan pelabur yang tidak berjaya’ dan sikap yang betul berdasarkan keaamatan Buffet ialah kefahaman industri yang tinggi, teknik memahami pasaran yang lengkap, penilaian pengurusan yang cekap dan lain-lain lagi.

Related Articles

1 comment

ajumain December 1, 2010 - 2:24 pm

salam bro…hmmm good info n simple santai jer… (aku rasa elok cam tu ye dak…) kang klu terlampau teknikal x paham lak orang membaca nyer….

Reply

Leave a Comment