Home Idea Pelaburan Tenaga Di Perbaharui

Tenaga Di Perbaharui

by Mohd Al Adzha

Saham tenaga Di Perbaharui (Renewable Energy)

Didalam sebuah negara yang terlalu bergantung kepada sumber minyak di dalam kehidupan seharian, minyak merupakan elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara. Minyak merupakan salah satu sumber penting dalam mengerakkan kereta, mesin, pembuatan plastik dan seumpamanya. Akan tetapi apabila komoditi ini semakin berkurangan dan sumber ini semakin lama semakin terhad maka pengguna pun beralih kepada Renewable Energy sebagai alternatif kepada tenaga yang sedia ada.

Baca seterusnyaXinjiang Goldwind Serta Pengiraan Modal dan Kos Membeli Saham Ini

Didalam istilah Renewable Energy ini, tenaga yang menjananya adalah bersumberkan dari angin, solar, biomass, geothermal, arus ombak dan biodisel. Kesemua tenaga ini juga di panggil sebagai Green Energy atau Clean Energy yang tidak bersumberkan pembakaran karbon sebagai elemen penjanaannya. Potensi saham ini banyak terdapat di pasaran US dan Hong kong.

1. Tenaga Angin

Angin adalah salah satu sumber alternatif didalam menjanakan elektrik, ianya dijanakan dengan mengunakan kincir angin yang di pasang di daratan atau di lautan dan tempat kincir angin ini di panggil Wind Farm. Wind Farm ini terletak di darat dan lautan di panggil sebagai Offshore Wind Energy.

Offshore Wind Energy

Didalam pasaran saham, pelabur akan memberikan fokus kepada pembuat turbin angin sebagai fokus pelaburan mereka. Ini kerana pembuat turbin anginlah yang bertanggunjawab merekacipta, memasang dan menyelenggara turbin ini. Syarikat yang terlibat didalam industri ini adalah seperti General Electric(US), A-power Energy System(China), Suzlon(India), Goldwind(China) dan seumpamnya. Penglibatan kerajaan didalam melaksanakan projek penjanaan elektrik dari sumber angin sangat besar dan negara seperti China, US dan England sedang memainkan peranan aktif didalam industri ini

sebagai contoh kerajaan China membelanjakan USD13 Billion untuk menjadikan China sebagai kuasa besar didalam industri tenaga DP Angin,dikatakan Syarikat China Longyuan berazam akan menjanakan tenaga ini dari pesisir pantai dan projek ini dijangka akan siap pada 2013. Saham China Longyuan(HK0916) merupakan potensi besar bagi industri ini.

2. Tenaga Solar

Tenaga Solar dijanakan dengan mengunakan gentian kristal silikon yang di panggil Photovoltaic, bahan ini juga banyak digunakan didalam pembuatan cip komputer. Apabila cahaya matahari memantulkan cahaya maka terhasil tenaga elektrik, gentian ini setelah di buat akan di pasang samaada di atas bumbung atau jika projek tersebut berskala besar sejumlah kawasan akan di sediakan. Industri ini tergolong di dalam semikonduktor kerana melibatkan kepakaran teknologi dan pengalaman yang tinggi. Pasaran semasa yang memacu pertumbuhan industri ini ialah di Jerman, itali, Sepanyol, China dan US. Pelabur saham akan melihat pembuat solar panel sebagai elemen utama pelaburan dan syarikat tersebut seperti Sunpower, JASO Solar, Suntech.

Panel Solar yang menjana 40 MW di JUWI, German            Sumber: Wikipedia

Related Articles

Leave a Comment