Salam semua dan tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan,
Pendedahan yang di buat oleh seorang professor kewangan di New Hampshire Durham iaitu Professor Dr Ahmad Eteberi yang berasal dari Iran memang mengejutkan.
Beliau membuat kajian semenjak dari tahun 1984 sehingga 2010,pasarann saham di seluruh negara-negara yang penduduknya majoriti islam mencatat kenaikan 20-40 peratus.
Nagara-negara seperti Mesir, Oman, Turki, Kuwait, UAE, Qatar, Pakistan, Jordan, Morocco, Tunisia, Malaysia, Bahrain, Indonesia dan Arab Saudi mencatat purata pulangan sehingga 38 peratus dari tahun 1989 sehingga 2007.
Perndedahan ini mengejutkan beliau dan beliau menjangka pasaran saham pada bulan Ramadhan akan lenggang akan tetapi sebaliknya,beliau memberi kesimpulan bahawa ini disebabkan oleh sikap pelabur di tempat tersebut dan juga kesan psikologi.
Baca seterusnya: Berdoa Bersungguh-sungguh Agar Pelaburan Anda Berhasil Dan Menjadi
Pada tahun 2010 sahaja Jakarta Stock exchange mencatat pulangan pelaburan sebanyak 20% dan Dr Etebari menyimpulkan pelabur memang suka mengambil keuntungan segera ketika di bulan Ramadhan.
Teori Saham Rejab,Syaaban dan Ramadhan
Pendedahann yang di buat oleh Dr Etebari memang ada benarnya,sebagai orang Islam dan umat Nabi Muhammad SAW,tiga bulan ini memang memberi keberkatan kepada orang Islam.
Sehingga Nabi SAW menyebut didalam sepotong hadis
Bulan Rejab adalah bulan Allah,Bulan Syaaban adalah bulan Aku(Syaaban) dan bulan Ramadhan bulan umat aku.
Tambahan pula Nabi SAW memyuruh umatnya membanyakkan doa di kala kita menyambut Ramadhan,antara doa baginda yang terkenal ialah
Ya Allah berkati lah aku di Bulan Rajab dan Syaaban serta sampaikanlah aku ini ke Bulan Ramadhan.
Doa tersebut bak kata penulis amat mustajab pada 3 bulan tersebut dan kita mohon keberkatan dari Allah SWT tidak kira berkat usia,rezeki dan sebagainya.Mana tahu mungkin keberkatan datang di kala kita semua membeli saham.
Tambahan pula maksud berkat yang di bawa oleh Dr Fadzilah Kamsah ialah perkara atau benda yang sedikit yang kita buat,mendatangkan hasil yang banyak.
Wallahu’alam.