Gambar: Investopedia
Siapa tidak kenal Warren Buffet, billionair nombor tiga kaya di dunia yang memiliki asset peribadi USD45 Billion,beliau selalu ditanya oleh pihak media akan kesan ekonomi keatas pelaburan serantau,dari krisis ekonomi Amerika, hingga yang terbaru krisis hutang Eropah.
Apa pun yang pasti Buffet tidak putus asa untuk terus melabur,beliau memerhati pasaran saham sebagai peluang pelaburan yang tidak pernah beliau jumpa di tempat lain.
Baru-baru ini Buffet menambah pelaburan ke atas Tesco Plc di Britain,Tesco saudara semua tahu akan pasaraya besar di serata dunia dan di Malaysia pasaraya Tesco memang menjadi pilihan pengguna kerana menawarkan harga barangan yang murah.
Kaedah pelaburan Buffet banyak menumpu kepada syarikat kewangan,Kepenggunaan,minyak dan gas,utiliti,perkhidmtan kewangan dan sebagainya.
IBM
Semua orang mengenali syarikat komputer IBM,hinggalah pada September 2011,Buffet di beri mandat istimewa oleh SC(Suruhanjaya Sekuriti) Amerika dalam merahsiakan pembelian saham IBM oleh syarikat induk pelaburanya Berkshire Hathaway.Buffet diberi mandat istimewa kerana ditakuti saham IBM akan menjadi saham spekulasi oleh pelabur lain yang mengetahui melalui maklumat dalaman.
Semua penganilisis faham pada masa era ‘Dot Com Bubble’ iaitu pada tahun 1999-2001,Buffet tidak akan membeli saham teknologi komputer kerana beliau tidak memahami akan nilai ekonomi yang ada,hujah beliau tentang saham IBM ialah IBM bukan sebuah syarikat komputer akan sebuah syarikat pemberi perkhidmatan data yang terulung dan terkenal kepada syarikat dan badan kerajaan.
BNSF (Burlington Northern Santa Fe)
Buffet di kenali sebagai ‘Value Investor’ atau pelaburan yang mengutamakan nilai,pada hemat beliau nilai dari segi pelaburan ialah ‘ apa yang anda dapat dari harga yang anda bayar.
Pada 2009,semua pengurus dana menumpukan perhatian kepasaran sedang membangun Buffet tidak teragak membeli saham BNSF(Burlington Northern Santa Fe),syarikat pengangkutan keretapi ke dua besar Amerika sebanyak USD33 Billion.
Baca seterusnya: Pemalu Tapi Menjaga Aset REN 100 Billion!
Beliau berkata dari masa kesemasa populasi Amerika meningkat,sekarang ini rakyat Amerika sekitar 400 juta dan BNSF akan menjadi syarikat monopoli pengangkutan barangan,tambahan pula kos operasi mengerakkan gerabak keratapi mengunakan arang batu berbanding syarikat pengangkutan lain yang mengunakan minyak.
Perlu di ingat komoditi minyak harganya tidak pernah jatuh dan menjadikan kos syarikat akan lebih cekap dan tinggi margin keuntungannya.
Jesteru sebagai pelabur kita boleh meniru atau menjadikan saham yang Buffet beli sebagai asas kepada kita untuk memiliki saham seperti beliau miliki.