Home Potensi SahamSaham-Saham Hong Kong Xinjiang Goldwind Serta Pengiraan Modal dan Kos Membeli Saham Ini

Xinjiang Goldwind Serta Pengiraan Modal dan Kos Membeli Saham Ini

by Mohd Al Adzha

Assalamualaikum dan selamat menjadi pelabur jutawan.

Hari saya nak berkongsi dengan salah sebuah pembuat turbin kincir angin utama di China,bernama Xinjiang GoldWind Science&Technology Company(2208.HK)

Logo syrikat.

Di China sekarang ini pihak kerajaan memperuntukkan sejumlah USD700 Billion untuk melaksanakan pelan tenaga alternatif atau tenaga boleh di perbaharui dengan mengguna tenaga alternatif sebagai penyumbang utama tenaga elektrik bersumberkan bukan minyak dan arang batu.langkah China ini menyebabkan berlaku ‘revolusi tenaga alternatif berskala besar’ oleh kerajaan China untuk memantapkan China dengan sumber tenaga alternatif.Sumber tenaga alternatif adalah sumber tenaga yang bersumberkan dari Angin,Solar,Hydro,Biomass dan Biogass .

China memiliki tanah dan rakyat yang ramai di dunia dengan jumlah penduduk sejumlah 1.3 bilion orang,maka keperluan guna tenaga di China makin bertambah.

China memperuntukkan sejumlah besar didalam pembangunan tenaga angin dan solar,Sebagai pelabur yang ingin mengecap nikmat pelaburan ‘Revolusi Teknologi Alternatif’ ini mari kita kenal sedikit saham pembuat Turbin kincir angin yang utama di China ini.

Xinjiang Goldwind Science and Technology(Goldwind) adalah pembuat utama turbin,bilah kipas dan seumpannya di China,pesaing terdekat ialah Sinovel dan China Mingyang serta beberapa pembuat dari negara lain seperti Vestas(Denmark),General Electric(Amerika) dan Gamesa(Sepanyol).Disenaraikan di dua tempat dagangan saham,satu di Shenzhen Stock Exchange,China dan satu lagi di Hong Kong Stock Exchange dengan kod stok 2208.HK(Kod stok amat penting untuk pelabur memeriksa harga dan berita terbaru perkembangan saham Hong Kong)

Gambar:Sebuah menara kincir angin Xinjiang Goldwind

Apa yang menarik dari segi ranking yang di keluarkan oleh MAKE Consulting,salah sebuah perunding kejuruteraan kincir tenaga angin,telah menyenaraikan ranking pembuat kincir tenaga angin yang utama di dunia dengan disertakan jumlah pegangan pasaran.Mari kita lihat

Syarikat                            Negara                    Pegangan Pasaran(%)

1) Vestas                         Denmark                        12

2) Sinovel                        China                              11

3) GE                                 Amerika                        10

4) Goldwind                   China                              10

5) Enercon                     Jerman                           7

6) Gamesa                      Sepanyol                        7

7) Dongfang                   China                               7

8) Suzlon                        India                                 6

9) Siemens                    Jerman                             5

10) United Power        China                                4

11) Mingyang                 China                               3

12) REpower*               Jerman                           2

13) Sewind                     China                               2

14) Nordex                   Jerman                            2

15) XEMC                China                                      1

Lain-lain                                                                 12

Sumber:Make Consulting 2011

Carta:kedudukan pasaran pengeluar Turbin Angin di dunia

Gambar:Kedudukan Xinjiang Goldwind di tangga ke 5 pada tahun 2009.

Anda lihat Xinjiang Goldwind berada di tangga ke 4 dunia dengan pegangan pasaran 10 peratus,dan jumlah pegangan ini jika di lihat pada masa akan datang pasti akan menjadi dominasi pasaran pada suatu hari nanti.

Pekerja menyiap turbin untuk di hantar kepada pelanggan.

Suku pertama(Q1)seperti dilaporkan oleh akhbar Sing Tao Daily di Hong Kong menunjukkan Xinjiang Goldwind mendapat untung bersih sebanyak  2.29 Billion Yuan(USD349.25 Juta) naik 31 peratus dari tahun sebelumnya(2009). Di dorong oleh usaha kerajaan China yang menyokong pengembangan industri tenaga alternatif dengan cara agresif disamping itu subsidi dan pengurangan cukai di beri kepada syarikat kejuruteraan tenaga alternatif yang lain seprti Mingyang dan Sinovel supaya banyak tapak ‘ladang kincir angin’ di bina dan  lebih banyak kawasan di China mendapat akses grid tenaga elektrik dengan lebih konsisten.

Baca seterusnyaPelan Kegawatan Ekonomi

Jesteru,Xinjiang Goldwind ini merupakan sebahagian elemen penting di dalam revolusi tenaga alternatif China yang semakin kehadapan,sebagai pelabur saya sarankan anda lihat hasil perkembangannnya pada masa akan datang selari dengan usaha kerajaan China ‘menghijaukan’ bumi China yang luas itu.

Berapa modal dan kos membeli saham Xinjiang Goldwind ini?

Xinjiang Goldwind di senaraikan di Hong Kong dengan kod stok 2208.HK(Anda boleh taip sendiri di Google finance,Yahoo Finance dan Blommberg di kolum ‘quote’)

Katakan anda ingin membeli saham ini,perlu di ingat Saham Hong Kong minimum unit pembelian dan jualan berdasarkan ‘Board Lot” iaitu penetapan pembelian dan jualan oleh Hong Kong Stock Exchange  bagi setiap syarikat di Hong Kong yang di senaraikan untuk Xinjiang Goldwind ialah 200 unit(setiap syarikat yang di senarai di Hong Kong apabila pelabur ingin membeli saham ‘Board Lot’ saham syarikat tersebut berbeza-beza seperti China Longyuan:1000 unit,Vale:50 unit dan BYD:500 unit.)

Jadi anda ingin membeli 200 unit Xinjiang Goldwind berharga  HKD10.76,berapa RM perlu di bayar dan  pengiraannya seperti berikut:

200 unit x HKD10.72=HKD2144

di tambah upah minimum broker Hong Kong:HKD100=HKD2244

Di bahagi 2.6109(HKD 100/38.30) untuk di tukar kepada RM=RM859

Di tambah dengan upah broker Malaysia minimum:RM40=RM899(RM859+RM40)

Maka jumlah akhir anda bayar ialah RM 899 atau RM900(harga boleh berubah di sebabkan kadar tukaran wang asing antara Hong Kong Dollar dan Ringgit Malaysia semasa pembelian atau penjualan  saham)

Jadi simpanlah saham ini dan nikmati hasilnya dari segi modal meningkat dan dividend.Saham ini pernah mencecah tertinggi ialah HKD21.80 dan terendah di dalam masa 52 minggu ialah HKD10.80.

Perhatian:Sumber pengiraan ini dari Bank Pelaburan semasa,kadar upah minimum dan sebagainya hanyalah ilustrasi sahaja,sila hubungi Bank pelaburan anda yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.Artikel di atas hanya sekadar pengenalan sahaja.

Related Articles

2 comments

putra February 19, 2013 - 4:05 am

salam mcm mner untuk membeli saham ini..siapa boleh uruskan?

Reply
Mohd Al Adzha Bin Johar February 19, 2013 - 9:16 am

Salam,
Tuan boleh terus kepada En Adzha di email beliau adzha_80@yahoo.com,beliau boleh membantu urusan jual saham dan menerangkan cara membeli saham asing ini.
Sila tinggalkan nombor telefon untuk beliau hubungi tuan.

En Adzha boleh menerangkan cara membeli saham asing seperti Saham Hong Kong,China,Amerika,Singapura dan Indonesia.

Dapatkan Tips dari beliau tentang saham Amerika,Singapura dan Indonesia.

Beliau amat arif menerangkan saham dipasaran tersebut.

Semoga pihak kami mendoakan tuan mendapat pencerahan yang betul.

Reply

Leave a Comment